Islam hadhari adalah gagasan yang dilontarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi. Gagasan tersebut pertama kali dilontarkan tidak lama setelah beliau menjadi perdana menteri, atau tepatnya dalam persidangan Partai United Malays National Organisational (UMNO) ke 57 tahun 2004. Gagasan tersebut berhasil menarik perhatian dunia khususnya dunia Islam. Saat ini gagasan Islam hadhari menjadi topik perbicaran penting yang selalu dibahas di setiap pertemuan oleh para pemimpin dan ulama Islam.
Gagasan Islam hadhari merupakan sumbangan terbesar dari Abdullah Badawi untuk dunia Islam. Dengan Islam hadhari, Badawi ingin mengembalikan kegemilangan Islam yang sempat tenggelam selama beberapa abad. Apa lagi nama Islam pada beberapa dekade terakhir ini sering disinonimkan oleh Barat sebagai ancaman dan keganasan. Saat ini negara Islam ataupun negara yang berpenduduk mayoritas Islam tak satu pun yang bisa digolongkan sebagai negara maju. Malah kebanyakan negara-negara itu masih berada pada status negara miskin dan terbelakang serta diwarnai berbagai konflik yang semakin memperpuruk nasib negara dan umat Islam.
Pengertian “Hadhari” berasal daripada “hadharah” yang bermaksud kemajuan dan peradaban.. Manakala takrif Islam Hadhari secara lengkap ialah: Suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif Tamadun Islam.
Islam Hadhari menumpukan pembangunan masyarakat ke arah peningkatan mutu kehidupan dari sudut keilmuan, pembangunan fizkal, ekonomi, keuangan, kesehatan dan sebagainya.
Secara definisi Islam Hadari adalah “suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam” Definisi hadari yang bertamadun “Islamic Civilizational Approach” atau “Comprehensive Civilizational Approach To The Development In Malaysia”
Konsep Islam Hadari yaitu:
a. Memberi penekanan kepada pembangunan dan pembinaan tamadun dengan teras pandangan semesta paradigma tauhid.
b. Melahirkan kesedaran baru kepada masyarakat terhadap Islam yang sebenarnya.
c. Merangsang kepada perubahan umat Islam dan mengubah persepsi masyarakat terhadap agama Islam.
Pendekatan Islam Hadhari yaitu Kerajaan telah membuat berbagai rangka dalam pembangunan negara sama ada dari aspek ekonomi, undang-undang, pendidikan dan lain- lain. Pendekatan Islam ini akan memberikan penekanan kepada aspek untuk mempertingkatkan kualitas kehidupan melalui jalan menguasai ilmu, pembangunan insan dan juga pembangunan fizkal.
Prinsip Islam Hadhari - Nilai Bersama
Sepuluh perkara Islam Hadhari bukan suatu perkara yang baru. Ini karena semua nilai yang digariskan itu adalah prinsip umum yang terdapat juga dalam agama-agama lain. Ini bermakna prinsip-prinsip Islam Hadhari itu bersifat universal. Tetapi penerangan perlu dibuat dalam memberikan kefahaman kepada mereka bahwa apa yang ingin dilaksanakan adalah nilai-nilai yang dikongsi bersama, bukan hanya terhad kepada orang Islam sahaja. Berdasarkan permasalahan yang ditemui, bahwa 10 prinsip tersebut adalah nilai bersama dalam semua agama. Cuma sejauhmanakah perlaksanaannya, itu yang dipertikaikan oleh mereka dan pihak-pihak lain.
10 Prinsip Islam Hadhari adalah :
1. Keimanan dan Ketaqwaan Kepada Allah/Tuhan
2. Kerajaan Yang Adil dan Amanah
3. Rakyat Berjiwa Merdeka
4. Penguasaan Ilmu Pengetahuan
5. Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif
6. Kehidupan Berkualiti
7. Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita
8. Keutuhan Budaya dan Moral
9. Pemeliharaan Alam Semulajadi
10. Kekuatan Pertahanan
Perdana Menteri Malaysia menegaskan bahawa 10 Prinsip Islam Hadhari relevan dan sesuai untuk semua golongan masyarakat dan setiap orang dan bukannya untuk orang Islam sahaja bagi memacu kejayaan rakyat dan negara. Usaha yang berkelanjutan akan dilakukan untuk menerangkan kepada selain orang Islam.
Islam Hadari dalam Kontek Pembangunan di Malaysia
Prinsip-prinsip Islam Hadari dalam Perlembagaan Malaysia adalah Islam agama resmi Negara, Menyekat pengembangan iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganut agama Islam, Hak mendapatkan Pelajaran, dan arti Melayu.
Islam Hadari dalam konteks ketamadunan, budaya dan agama di Malaysia adalah Islam Hadari diartikan sebagai Melayu yang dikembalikan kepada akar budaya tradisinya, Islam Hadari (Melayu Baru) adalah Melayu yang dipengaruhi komitmen keislamannya dan ketamadunannya, Suatu proses transformasi manusiawi yang memberikan jiwa dan citra baru kepada umat Melayu, suatu revolusi budaya yang memebrikan mereka seperingkat nilai-nilai dinamik terpancar dari ajaran shariah Islamiyah, dan Ungkapan bersesuaian dengan zaman bagi mewujudkan Melayu-Muslim yang cemerlang, gemilang dan terbilang
Beberapa Aspek Utama Merealisasikan :
a. Kualitas Tauhid Dan Jiwa Merdeka
Bangsa berkualitas yaiutu bangsa yang membawa makna, positif dan mampu bertahan merentasi taufan sejarah, Umat Islam yang berparadigma tauhid sewajarnya telah bebas dari perhambaan, Dinamika tauhid membentuk worldview dan sistem nilai Melayu yang berasaskan Islam, dan Tanpa jiwa merdeka sesuatu bangsa tidak akan mampu mencapita kegemilangan dalam sejarahnya
b. Sejarah Dan Orientasi Masa Depan
Perlu ada kesedaran tentang masa depan karena tidak boleh dijangka. Orientasi sedemikian merupakan ciri bangsa berdaya maju dan sentiasa ingin mencipta keunggulan. Islam memiliki semnagat pemikiran berorientasikan masa depan tanpa menfaikan menoleh kepada sejarah silam adalah wajar. Masa depan umat Islam bukan terhadap kepada duniawi saja bahkan menjangkaui alam akhirawi. Menekankan juga keinginan menelaah masa depan dan merancang strategi.
c. Budaya Ilmu Dan Keintelektualan
Budaya tidak terbatas kepada seni dan hiburan, Realiti budaya satu cakupan luas, Islam mempunyai peranan penting dalam pembinaan budaya Melayu. Mencipta kecemerlangan budaya individu perlu mengenali potensi diri, temukan nilai-nilai dasar berakar kepada Melayu Islam. Nilai tradisi utama ilmu & intelektual dalam konteks intellectual substance. Sejarah membuktikan proses pengislaman di rantau ini suatu proses pembudayaan & pemasyarakatan ilmu menerusi al-Quran & ilmu-ilmu keagamaan. Dan senantiasa ke arah penyegaran nilai ilmu dan pastikan pengarahan senantiasa diperbaharui bersesuaian dengan zaman mendatang.
d. Jati Diri Bangsa Dan Perpaduan
Pembentukan jati diri Melayu-Hadari seharusnya mendasari undang-undang Ilahi perubahan nasib sesuatu bangsa harus bermula dengan usaha bangsa itu sendiri. Setiap individu perlu memiliki sifat patriotisme dan nasionalisme dalam budaya keilmuan yang menepati tuntutan pengabdian kepada Ilahi dan kebaktian kepada negara yang sentiasa berkait dengan agama tidak boleh dipisahkan sama sekali. Islam hadari dan masyarakat madani mudah dibentuk karena wujudnya cinta kepada agama, bangsa dan negara melalui istilah patriotisme dan nasionalisme yang telah disesuaikan dengan nilai-nilai Islam.
e. Budaya Kerja Cemerlang Dan Masyarakat Hadari
Aspek budaya cemerlang dan etos kerja tidak boleh dipinggirkan. Lebih lagi dalam kemajuan ekonomi, kemajuan Jepun diakitkan dengan Zen-Buddhisme begitu juga Korea Selatan, China & Hong Kong perindustrian tururt dilatari oleh agama. Realiti agama dapat memberikan etos kerja yang berupa motivasi dan nilai suci kepada ekonomi. Disamping semangat, kepercayaan dan lain lain Melayu-Muslim hendak menjadi masyarakat perindustrian perlu manfaatkan etos kerja yang digariskan oleh Islam.
Oleh karena Islam Hadhari telah menjadi satu dasar negara, maka mau tidak mau kesemua pihak perlu menerima. Sekiranya ada kelemahan dan kecacatan, maka adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memperbaikinya.
Jika benar 10 prinsip Islam Hadhari mahu dilaksanakan berlandaskan kepada maqasid syariah, maka sudah tiba masanya umat Islam perlu mencipta kegemilangan tersebut. Jangan biar fahaman sempit politik mengganggu perjalanan Islam Hadhari. Pemahaman politik perlu diketepikan untuk mencapai matlamat yang lebih besar. Kalau orang bukan Islam boleh menerima kesemua prinsip Islam Hadhari itu, kenapa kita sebagai umat Islam masih mempertikaikannya.
Dalam mencipta kegemilangan, hendaklah pada masa yang sama mengurangkan orang-orang bebal (bebalisme) dan pandir. Istilah bebalisme dan pandir ini digunakan oleh Syed Hussein al-Atas merujuk kepada orang yang tidak mempunyai daya antisipasi dan biasanya mereka hanya bertindak balas terhadap peristiwa setelah kejadian mereka akan membuka payung hanya sesudah hujan membasahi tubuhnya. Tidak menghormati ilmu pengetahuan dan pandangan ilmiah merupakan ciri utama bebalisme. Ciri utama yang menonjol adalah tidak adanya kehalusan pekerti. Dia tidak merasa malu dengan kesalahan yang dilakukan karena kebodohannya. Dia tidak takut dengan kekurangan intelektualnya. Bila orang ini menonjol maka ia akan menjadi bahan rujukan dan ikutan sehingga akhirnya merosakkan nilai-nilai baik yang cuba dibawa oleh orang lain.
Justru, golongan bebal sebegini mesti dikurangkan penyertaan dan pembibitan dalam keputusan besar yang dibuat oleh negara dan kerajaan. Kata-kata ini amat tepat dalam usaha mencipta kegemilangan.
Islam Hadari Bukan Strategi Pembangunan Partai Politik Malaysia
Islam Hadari merupakan strategi pembangunan negara Malaysia, bukan strategi pembangunan partai politik, khususnya UMNO. "Pendekatan pembangunan berasaskan Islam itu secara resmi memang diuraikan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi di Perhimpunan Agung ke-55 UMNO pada 23 September 2004, tapi selanjutnya diungkapkan di pelbagai pertemuan di Malaysia dan luar negeri,"
Pernyataan ini diungkapkannya dalam makalah "Pembangunan Ekonomi dalam Islam Hadari". Islam Hadari juga bukan merupakan agama, ajaran dan mazhab baru, tapi usaha menggalakkan rakyat Malaysia berpegang pada asas yang terkandung dalam al-Quran. "Islam Hadari sebagai strategi pembangunan negara Malaysia diharapkan bisa semakin meningkatkan kemajuan pembangunan dan ahlak warga negara itu,".
Home »
Analisis
,
Ekonomi
,
Literatur
,
Pembangunan
,
Politik
» Politik Pembangunan Ekonomi di Malaysia: Analisis Terhadap Islam Hadari
Politik Pembangunan Ekonomi di Malaysia: Analisis Terhadap Islam Hadari
Posted by Unknown
Posted on 23.45